
Jumaat lepas hubby ajak tengok citer Hansel & Gretel...Storyline citer ni sangat best..suka tengok aksi diorang berlawan²...sangat recomended untuk uols tengok...tapi citer ni hanya untuk 18 tahun ke atas...hampir lagi ktorang tak di benarkan masuk sebab bawa Qis...kalau tak bawa Qis nak tinggalkan dia kat mana pulak kan...nasiblah pekerja yang jaga pintu tu consider untuk benarkan ktorang masuk..Qis bukan nye tengok pun..masuk jer dalam tu citer tak main lagi dia dah tido...ngantuk sangatlah tu..lagi² kat dalam tu sejuk...sound kemain besar pun dia sedap jer tido...
Secara umumnya filem ’Hansel and Gretel’ ini merupakan kesinambungan kepada kisah dongeng Hansel dan Gretel oleh Brothers Grimm, di mana ia menceritakan tentang Hansel dan Gretel yang ditinggalkan oleh bapa mereka di dalam sebuah hutan dan pada ketika itu mereka telah memasuki sebuah rumah yang dikenali sebagai ‘Gingerbread.’
Sewaktu berada di dalam rumah tersebut, adik beradik ini telah ditahan oleh seorang ahli sihir tua dan mereka nyaris di makan oleh ahli sihir tersebut. Namun begitu, sebelum menjadi makanan kepada ahli sihir tersebut, Hansel dan Gretel telah sempat menyelamatkan diri mereka dengan mancampakkan ahli sihir jahat itu ke dalam sebuah ketuhar. Selepas daripada insiden tersebut, adik beradik ini telah menjadi berani dan menjalankan aktiviti memburu serta menghapuskan ahli sihir.
Segala konflik bermula apabila Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ahli-ahli sihir bakal mengadakan ‘Perayaan Bulan Darah,’ yang mana mereka perlu mengorbankan 12 orang kanak-kanak, di mana masing-masing merupakan enam orang lelaki dan enam orang perempuan yang lahir pada bulan yang berlainan. Mampukah Hansel dan Gretel menyelamatkan kanak-kanak tersebut?
Dalam usaha untuk menumpaskan ahli-ahli sihir, tiba-tiba Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ibu mereka juga merupakan seorang ahli sihir yang bernama Adrianna dan disebabkan itu bapa mereka meninggalkan adik beradik ini di dalam hutan pada suatu ketika dahulu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Ingin ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton filem ‘Hansel and Gretel’ di pawagam berhampiran anda sekarang!
ktorang pergi hari jumaat..memang tak ramai lah orang...kerusi pun banyak kosong...Harga tiket hanya RM10..Buy 1 free 1..murahkan..kalau ikutkan harga sebenar berbelas ringgit jugak...hubby beli guna debit card CT Bank...ada jugak kelebihan debit card CT bank ni...tapi hanya pembelian pada hari jumaat jer dapat harga RM10 buy 1 free 1 ni..
berposing di depan poster The croods...Cantik poster ni...
Citer ni akan ditayangkan pada 21hb march 2013...
Citer ni akan ditayangkan pada 21hb march 2013...
full star Rating for this movie...^^


34 comments:
saya pulak tengok 'wayang' kat rumah je. tapi lambat la, sbb download dari internet, baru tengok kat tv.
baca sinopsis lily ni mmg mcm best citer ni.
Sis. Nape conteng2 tiket tu. Hihi
cite ni kuar je trus adik g tgk kak..
sebabnye cite ni adik tahu mase stndard 4 adik msuk story telling..
suke sngat...
yaya tringin sangat tengok citer tu..em tunggu masa nak pergi tengok hihi
NinaAz : hehe..orang kat kaunter tu yg conteng..ntah..maybe dia terangkan kat hubby kot.. :D
mcm best je nie...
Nak tgklah nnt...hrtu akk tgk Parker :D
bestnya bila baca sinopsis dia. tapi kalau nak pergi tgk wayang dgn sikecik ni cam mustahil je... huhu
anak-anak bila first time panggung asyik ulang ke toilet saja..
untungnya beli 1 percuma 1...
cerita macam best . choki pun tak tengok lagi :)
akak tak tengok ler cerita cam gini.. taunyer cerita kartun jer..
tapi cantikler gambo kat bawah...
Best nya tgk wayang..
klu di Sabah ni bosan juga Wan.. mana ada pawagam canggih2 ni..hehe:)
memang best citer nie
ala2 citer pemburu pontianak gituu .. sbb dah tgk preview dia ;)
uishhh macamana qus masa tgk citer ni lily? sib bek leh consider kan kalau tak terlepas nk tgk citer ni
nk tgok gak la..
hehehe
wahh akak da tgk citer ni. bestnyaa. nak tgk la jugak nanti. hew hew.
lama tak tgk wayang...eh lily mmg serius cantiklah poster2..
hari tuh PM dan wife tgk cerita tuh...memang sangat2 best kan...:)
tunggu kawan upload, wayang xdak kt cni..hihi..mcm best...siap full star kak lily bg :D
eh, mcm ada kat dalam poster plak
yaya da lme xg tgok wyg ni..sinopsis tu cam menarik je..dahla yaya suke tgok citer lwan2...hehe
dah lama x tgk wayang, kena tgu emir besar ckit nk gak la terjah wayang.. windu sudahhh
sinopsis cerita ni nampak menarik..tak perasa qis kat depan poster tu..hehehe
tggu kat astro best jer..
hehehe
nasib baik Qis dibenarkn masuk.....
bilalah nak tengok wayang nieh...
ala2 macam litte red riding hood tu la.
tapi skg mmg byk movie adaptasi dpd cerita2 dongeng inggeris kan?
tak lama lagi...jack and the bean sprout. huhuhu
wua xkesempatan nk tgok la huhu
bestnya dpt tgok wayang.... bila lah dpt nengok wayang...
wahhh ! best ker citer nie...amek pic kat poster tu...omey sangat!
lya nk tgu citer the croods tu
wah syok nye lily leh tgk movie ni...umi pun suka kalu movie ada adegan aksi lawan2 ni hehehe...hurmmm agak2 bila umi leh layan movie ni huhuhu...
sinopsis mcm best tingin gak nk tgk...gambar yg last tu xpasan ada lili n qis hehehe
wahhh full rating star mcm best je kak ^_^
Post a Comment